Kerjaya sukan Nur Ayuni Farhana Abdul Halim

Beliau mula mencipta nama menerusi Sukan Komanwel Remaja 2008, dan pernah menjulang pingat emas Sukan Komanwel 2010 menerusi acara 10 meter rifle bersama Nur Suryani Mohamed Taibi[2] dan meraih pingat gangsa pada temasya Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan dalam acara rifle 50 meter meniarap berpasukan Wanita bersama dua lagi penembak negara ketika itu, Suryani dan Muslifah Zulkifli. Beliau juga pernah meraih pingat emas acara 50m rifle Sukan SEA Singapura 2015.[3]

Beliau mencipta dua rekod kebangsaan 10m Air Rifle individu wanita, kedua-duanya bagi peringkat akhir dan pusingan kelayakan pada Kejohanan Trofi Tun Hanif 2015 di Lapang Sasar Menembak Subang, pada 6 September 2015. Semasa pertandingan akhir, beliau melakukan bidikan 210.3 mata, sekali gus memadam rekod miliknya sendiri iaitu 208.2 mata yang dilakukannya pada April.[4]